Selasa, 31 Desember 2013



Biarpun terdapat perbezaan usia yang sangat ketara di antara pelakon Qi Razali, 36, dan kekasihnya, Nelydia Senrose, 19, namun atas faktor kepercayaan dan keserasian telah membuatkan hubungan mereka sentiasa mekar dari hari ke sehari.

Malah Qi juga mengakui ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya namun enggan terburu-buru kerana ingin memberi ruang untuk Nelydia memperkembangkan kariernya yang baru sahaja rancak bermula.

“Hubungan kami serius dan pernah berbincang untuk ke fasa seterusnya. Pun begitu, saya tak boleh penting diri kerana Nelydia masih muda dan ada banyak impian yang mahu dicapai. saya tak boleh sekat kehendaknya dan kena bagi dia teroka kerjayanya,” katanya memetik laporan Metro Ahad, hari ini.

Selain itu, pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan ini juga mendedahkan kedua-dua mereka sudah berjumpa dengan keluarga pasangan masing-masing dan keluarganya sangat menyenangi keperibadian yang terdapat dalam diri Nelydia.

“Keluarga saya suka dengan Nelydia. Saya juga selesa apabila bersama keluarganya.

“Dalam membina rumah tangga, saya amat pentingkan restu keluarga. Alhamdulillah, dalam bab ini tidak ada masalah,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan karier seninya, Qi baru sahaja pulang dari Argentina selepas dua bulan menjalani penggambaran bagi siri terbaru program kanak-kanak terbitan Disney Channel, Art Attack yang kini sudah pun memasuki musim keduanya.

Oleh: AUDREY LEE

Categories: , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!