Awang Selamat desak Tony Pua untuk berhijrah jika tidak gembira
Setiap kali berlakunya perbincangan di Malaysia yang tidak menggembirakan media milik Umno, ia akan berakhir dengan: berhijrahlah ke Taiwan, Hong Kong, China, India jika tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Malaysia.
Sasaran terbaru adalah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua. Awang Selamat, nama samaran bagi pengarang Mingguan Malaysia edisi Ahad Utusan Malaysia telah menyertai kontroversi Jonker Walk di Melaka.
Akhbar tersebut menuduh media Cina dan badan bukan kerajaan salah tafsir apa yang ingin dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron. Mereka mengatakan Idris tidak pernah mengarahkan jalan itu ditutup kepada trafik.
Ketua Menteri Melaka itu juga menafikan peniaga-peniaga di Jonker Walk diarahkan untuk menghentikan operasi.
Ahli-ahli politik DAP dan MCA mengecam langkah untuk menutup jalan itu dan menghalang peniaga untuk membuka kedai mempercayai ini adalah balasan kepada masyarakat Cina kerana mengundi pembangkang.
Pua turut menyelar Idris kerana kenyataannya yang berbeza-beza mengatakan beliau mempunyai memo dikeluarkan oleh Datuk Bandar – dihantar kepada peniaga di Jonker Walk mengatakan mereka tidak boleh mendirikan gerai sepanjang jalan itu.
Awang Selamat menyerang kembali Pua. Awang Selamat mengatakan ahli Parlimen DAP itu dalam memperjuangkan peniaga Jonker Walk telah mmenyinggung hati umat Islam apabila mencadangkan Pasar Ramadan ditutup kerana menyesakkan lalu lintas.
“Beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwanya menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Tony juga mungkin mengambil mudah kesabaran orang Islam, yang ada batasnya.
Nasihat Awang, jika beliau tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan di negara ini, elok sahaja beliau berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong,” kata penulis itu.
Mingguan Malaysia dilihat menggunakan komen Pua yang diberikan kepada pemberita di lobi Parlimen di luar konteks.
Beliau berkata jika kesesakan lalu lintas dijadikan rasional penutupan Jonker Walk, maka pasar malam, pasar tani dan pasar Ramadan di seluruh negara perlu ditutup kerana turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Utusan Malaysia dan edisi Ahadnya, Mingguan Malaysia, pada masa lalu juga pernah menggesa pemimpin parti pembangkang dan aktivis Bersih untuk meninggalkan negara ini kerana menentang penipuan pilihan raya dan isu-isu panas lain. - 30 Jun, 2013.
0 komentar:
Posting Komentar