Selasa, 31 Desember 2013


Cedera Tercucuk Jarum Tukang Jahit
Cedera Tercucuk Jarum Tukang Jahit - KUALA LUMPUR : Hasrat tiga sahabat untuk bergaya dengan baju kurung yang ditempah daripada seorang peniaga menerusi laman sosial Facebook berkecai apabila produk yang dihasilkan bukan sahaja tidak menepati ukuran badan malah, salah seorang mereka cedera akibat tercucuk jarum yang terselit pada baju.
Ekoran itu, hasrat mereka untuk memakai baju kurung moden pada majlis perkahwinan seorang teman rapat mereka pada 22 Disember lalu tidak kesampaian.
Salah seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Shezzylah, 23, memberitahu, dia dan dua rakannya menempah baju dengan seorang tukang jahit dikenali sebagai Ara selepas mendapati harganya murah iaitu RM160 untuk tiga pasang.
Katanya, kejadian itu berlaku empat hari sebelum majlis perkahwinan berkenaan.
“Kami menempah baju itu kira-kira dua minggu sebelum majlis. Saya mula syak sesuatu apabila peniaga itu mengambil ukuran badan secara tidak konsisten.
“Kadang-kadang dia meminta kami datang untuk mengukur sendiri ukuran badan dan ada ketikanya, dia meminta kami menghantar sendiri ukuran tersebut,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Shah Alam, Selangor. – Kosmo
 22 September 2013
Seorang Warga Palestina Tawarkan Tukar Mayat Serdadu Israel dengan Kebebasan Kakaknya
alifnews.wordpress.com
TRIBUNNEWS.COM, JERUSALEM - Seorang prajurit Israel terbunuh, dibunuh seorang warga Palestin , setelah sebelumnya mengajak si prajurit itu pergi ke sebuah desa di Tepi Barat.

Tersangka pembunuh, ingin menukar mayat si prajurit dengan pembebasan abangnya   yang kini ditahan di Israel. Demikian penjelasan sejumlah pegawai keselamatan Israel, Sabtu (21/9/2013).

Prajurit itu, yang hilang sejak Jumaat (20/9/2013), berkendara bersama tersangka yang pernah bekerja bersamanya di sebuah restoran Israel.
Mereka menuju ke sebuah desa di dekat kota Qalqiya, Tepi Barat. Demikian pernyataan resmi militer Israel.

Pada Sabtu pagi, pasukan Israel menyerbu daerah tersebut dan menahan seorang lelaki Palestin berusia 42 tahun.
Ketika diperiksa, lelaki tersebut mengaku telah membunuh perajurit itu dan motifnya adalah ingin menukar mayat perajurit itu dengan pembebasan abangnya dari penjara Israel.

Sejumlah sumber mengatakan, perajurit yang terbunuh itu sedang tidak bertugas. Di Israel sangat lumrah seorang tentera yang sedang tidak bertugas memiliki pekerjaan sampingan.

Abang laki-laki tersangka pembunuh itu sudah ditahan sejak 2003 kerana terlibat sejumlah serangan terhadap Israel.
Hingga kini aparat Israel masih menyiasat kes ini dan kemungkinan besar penangkapan masih akan berlanjutan.


Biarpun terdapat perbezaan usia yang sangat ketara di antara pelakon Qi Razali, 36, dan kekasihnya, Nelydia Senrose, 19, namun atas faktor kepercayaan dan keserasian telah membuatkan hubungan mereka sentiasa mekar dari hari ke sehari.

Malah Qi juga mengakui ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya namun enggan terburu-buru kerana ingin memberi ruang untuk Nelydia memperkembangkan kariernya yang baru sahaja rancak bermula.

“Hubungan kami serius dan pernah berbincang untuk ke fasa seterusnya. Pun begitu, saya tak boleh penting diri kerana Nelydia masih muda dan ada banyak impian yang mahu dicapai. saya tak boleh sekat kehendaknya dan kena bagi dia teroka kerjayanya,” katanya memetik laporan Metro Ahad, hari ini.

Selain itu, pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan ini juga mendedahkan kedua-dua mereka sudah berjumpa dengan keluarga pasangan masing-masing dan keluarganya sangat menyenangi keperibadian yang terdapat dalam diri Nelydia.

“Keluarga saya suka dengan Nelydia. Saya juga selesa apabila bersama keluarganya.

“Dalam membina rumah tangga, saya amat pentingkan restu keluarga. Alhamdulillah, dalam bab ini tidak ada masalah,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan karier seninya, Qi baru sahaja pulang dari Argentina selepas dua bulan menjalani penggambaran bagi siri terbaru program kanak-kanak terbitan Disney Channel, Art Attack yang kini sudah pun memasuki musim keduanya.

Oleh: AUDREY LEE

Senin, 30 Desember 2013

Seorang ibu muda dan pasangan yang mendera anak-naka mereka didapati bersalah dan  telah dihukum melakukan khidmat masyarakat selama 160 jam . 

 Pasangan itu, Yeung Wing-ki, 28 dan Chung Chi-wing, 27, seorang pemandu teksi,telah dikatakan memukul anak-anak mereka dengan rotan dan juga memaksa mereka meminum air kencing.Mereka  melakukan perbuatan ini sejak Julai 2009 sehingga bulan April tahun ini.

Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia 1 tahun dan Yeung mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan terdahulu.Teman lelakinya juga dikatakan memasukakn alat kawalan jauh kemulut anak Yeung yang berusia 9 tahun serta menumbuk beberapa kali ke  dada anak sulungnya dan melilit tali leher ke lehernya sehingga menyebabkan budak itu lemas.

Hakim berpendapat ini bukanlah cara untuk mendidik anak atau mendisiplinkannya.(link)



Samsung mungkin tidak mengaplikasikan teknologi imbasan cap jari pada telefon pintar keluarannya seperti Apple,namun mereka mempunyai idea yang lebih baik: pengimbas iris!

Pakar biometrik meramalkan teknologi pembacaan optik itu akan menjadi trend hangat dalam kalangan pengeluar telefon pintar.

Apple mempelopori sekuriti cap jari TouchID pada model iPhone 5S dan 5C mereka, diikuti HTC yang melengkapi model One Max terbarunya dengan teknologi yang sama.

Menurut sumber daripada AndroidSaS, Samsung kini sedang dalam fasa menguji teknlogi ‘eye scanner’ itu. Tiada penjelasan lanjut diberikan tentang sebab syarikat telekomunikasi Korea Selatan itu memilih untuk tidak mengikut jejak langkah Apple dan HTC,namun spekulasi mencanangkan mungkin ianya ada kena mengena dengan teknologi Smart Scroll yang diperkenalkan dalam model Galaxy S4.

Kesemua pembuat telefon pintar telah diberi notis oleh New York State Attorney untuk mencipta peranti yang bersekuriti tinggi bagi mengelakkan kecurian.

Samsung dijangka untuk melancarkan Galaxy S5 pada awal tahun hadapan.
Menteri Pasti BUKAN POLIS Yang Tembak Pengerusi MyWatch

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mengatakan polis tidak terlibat dalam kes tembakan Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, beliau akan memastikan polis akan mempercepatkan penyiasatan kes itu dan menahan mereka yang terlibat.
“Saya sendiri mengenali beliau dan saya pasti tiada polis yang terlibat dalam kejadian,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa di Penjara Sungai Buloh.
Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.
Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan.
Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: “A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!”.
(Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga).
Pada masa sama, Ahmad Zahid juga turut mengulas mengenai isu pemimpin PAS yang didakwa mengamalkan ajaran syiah.
Beliau berkata pihaknya cuma melihat dari aspek keselamatan negara.
Katanya lagi pemimpin parti itu sendiri telah menafikan dakwaan itu maka isu tersebut tidak harus dipanjangkan lagi.
“Dalam hal ini kita biar parti itu sendiri yang tentukan .. Sekiranya benar ada ahli mereka maka biar mereka putuskan dan membuat hukuman mengenai ahli mereka,” katanya. –The Malaysian Insider

Minggu, 29 Desember 2013

(Oleh Aedi Asri)
PELABUHAN KLANG 12 Oktober: Memorandum bagi membantah kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington di Pelabuhan Klang ditolak oleh pengurusan Port Klang Cruise Centre (PKCC) hari ini.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan; Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Setiausaha Jingga 13, DK Vicky di sini kira-kira 3 petang tadi.
Bagaimanapun, wakil pengurusan PKCC yang hanya ingin dikenali sebagai Zam enggan menerima memorandum tersebut.
Turut serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Klang dan beberapa anggota kumpulan terbabit.
Vicky berkata, tindakan kerajaan Umno BN membenarkan kemasukan kapal tersebut berlabuh di perairan Malaysia harus dibantah.

Katanya, kapal yang penuh kelengkapan perang itu ternyata mengancam keamanan dan kedaulatan negara.
“USS George Washington penuh dengan darah beribu Muslim. Ia terlibat dalam jenayah zalim Amerika dalam perang ke atas negara Islam,” katanya.
“Kerajaan Umno BN perlu beri penjelasan. Sebelum ini mereka kerjasama dengan APCO dan benarkan kapal kargo Israel (Zim Europa dan Zim USA), kini USS George Washington pula. Selepas ini apa lagi?,” soalnya.

Arutchelvan turut kecewa dengan sikap sombong wakil PKCC yang enggan menerima memorandum tersebut.
“Kami datang bukan nak buat kecoh, cuma ingin sampaikan bantahan terhadap kapal perang yang ancam kedaulatan tanah air kita.
“Penolakan mereka jelas gambarkan keangkuhan dan tahap profesionalisme mereka dalam menangani hal ini,” kata Arutchelvan.
Dilaporkan kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear itu singgah ke Pelabuhan Klang kononnya untuk mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.
Kapal yang ditauliahkan pada 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal itu singgah lima hari di pelabuhan tersebut Ahad lalu.

Bagaimanapun, kapal itu terpaksa cabut awal semalam akibat bantahan pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mendesak kerajaan menghentikan kemasukan kapal perang negara kuasa besar dunia kerana bimbang perairan Malaysia terdedah bahaya.
Semalam, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendedahkan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di negara ini.

Menurutnya, perjanjian itu menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara.
Keadilan Daily lalu Isnin lalu melaporkan desakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya kapal itu segera meninggalkan negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Ragut

KETIKA ini kejadian kecurian sering kali terjadi walau di mana pun anda berada.
Keadaan sebegini kadang-kala membuatkan kita trauma dan paranoid untuk keluar dari rumah.
Namun apa yang penulis ingin kongsikan ialah mengenai sebuah video kejadian kecurian yang terjadi di sebuah surau, baru-baru ini.
Ketika para muslimah sedang khusyuk sujud, terdapat seorang lelaki yang menyelinap masuk di ruangan solat wanita untuk meragut beg yang diletakkan di hadapan para jemaah tersebut.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Sekarang ini nak buat jahat pun dah tak mengira tempat, asal si peragut nampak saja ruang dan peluang untuk mereka, terus disambarnya tanpa memikirkan natijahnya di kemudian hari.
Hari ini perbuatan terkutuknya mungkin terlepas, tapi esok lusa tiada siapa yang tahu untung nasib si peragut itu.
Jadi, buat anda semua, terutamanya kaum wanita, sentiasalah berhati-hati dan berwaspada di mana sahaja anda berada.
Awasi beg tangan dan barangan berharga anda dengan sebaiknya supaya kejadian seperti dalam video ini tidak menimpanya anda di kemudian hari.

Mynewshub

Nokia jual benda lain plak.. hahaha







Sabtu, 28 Desember 2013



JIKA MTV Europe Music Award (MTV EMA) edisi sebelum ini, wakil dari Malaysia untuk Best Southeast Asia Act ialah pelantun lagu Lelaki, Yuna. Kini untuk edisi terbaru pula, Hafiz Suip telah tercalon untuk bertanding bagi MTV EMA 2013.

Pernah memenangi trofi Best Vocal Performance untuk 3 edisi berturut-turut di Anugerah Juara Lagu 25 – 27, Hafiz bakal bersaing bersama 5 lagi artis popular di Asia Tenggara iaitu Noah (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan juga My Tam (Vietnam).

Penyanyi berusia 23 tahun ini bakal meneruskan perjuangan muzik anak tempatan dan bakal duduk seiring dengan nama-nama besar dari seluruh dunia jika dia berjaya merangkul trofi Best Southeast Asia Act di MTV EMA 2013.

Bagi anda yang mahu melihat kejayaan Hafiz melakar sejarah baru, senang sahaja. Cuma undi Hafiz Suip di laman web rasmi MTV EMA 2013, asia.mtvema.com. Tekan butang undi dan jalankan peranan anda sebagai peminat dan juga rakyat Malaysia. Apa tunggu lagi, cepat undi Hafiz Suip!

Untuk pengetahuan, MTV EMA 2013 bakal berlangsung di Amsterdam, Netherlands pada 10 November ini. – Ohbulan

myMetro 25 Mac 2013

Difahamkan, lelaki terbabit parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi sebaik mangsa pulang ke rumahnya di Jalan Raja Laut di sini.
“Sebaik tiba di rumah, mangsa mendapati pintu terbuka dan melihat seorang lelaki tidak dikenali sedang menggeledah rumahnya.

“Berlaku pergelutan dan pertengkaran ketika mangsa cuba menghalang tindakan suspek yang dipercayai mahu melarikan barang berharga,” katanya semalam.

Menurutnya, suspek kemudian menyerang tuan rumah dengan pisau menyebabkannya mengalami kecederaan tetapi sempat mengunci penjenayah itu di dalam rumahnya.
“Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan unit peronda tiba. Suspek yang terkejut mendengar bunyi siren bertindak terjun dari tingkat dua rumah itu menyebabkan dia cedera parah di kepala,” katanya.
fan page gurubesar

Isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di Sekolah Kebangsaan Seri Pristina, Sungai Buloh, Selangor terus menjadi bahan hangat di alam maya walaupun pihak kerajaan berkata isu itu sudah selesai.
Fanpage Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana (klik)yang dibuat sejak Khamis lalu di Facebook sudah pun mencecah lebih 2,000 Likes dan ia dilihat terus berkembang.
Petanda jelas bahawa isu berkenaan belum reda dan Mohamad Nasir tidak keseorangan lagi dalam menghadapi isu berkenaan.
Secara umum, pengunjung dan peminat Fanpage berkenaan mempertahankan tindakan Mohamad Nasir dan menyalahkan sikap pihak tertentu yang meniupkan sentimen agama dan kaum dalam isu berkenaan.
Mohamad Nasir, 57,  yang telah diarahkan bercuiti oleh pihak Kementerian Pelajaran sebelum ini membuat laporan polis bahawa beliau diugut bunuh.
Selain itu beliau juga meluahkan kekecewaan apabila tiada pemimpin UMNO yang ada keberanian untuk tampil mempertahankan tindakan beliau yang tidak pernah langsung dibuat berdasarkan diskriminasi kaum atau agama.
Sementara itu, akaun milik Guneswari Kelly yakni individu pertama yang memuat naik gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah berkenaan telah ditutup.
Tidak dapat dipastikan sama ia dibuat oleh pihak Facebook akibat terlalu banyak aduan negatif atau ditutup sendiri oleh pemilik akaun berkenaan.
Sementara itu, Bernama menyebut, polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa, orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan guru besar sekolah berkenaan yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu, adalah salah.
Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu dan satu lagi daripada kerani sekolah, katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian, 10 laporan pada keesokan harinya, empat dibuat kelmarin dan satu semalam di Balai Polis Saujana Utama.
Junaidi berkata laporan itu diklasifikasikan sebagai laporan intimidasi dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan
ini.
Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mempolitikkan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh.
Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sesetengah pihak mengambil kesempatan memfitnah Mohamad Nasir dengan mendakwanya bersikap rasis kerana menempatkan murid bukan Islam makan di dalam tandas.
“Yang jelas perkara ini telah diputar belit dan disulami dengan pembohongan, sedangkan faktanya sekolah itu mempunyai kantin yang kecil dan hanya memuat 600 pelajar.
“Keputusan (menggunakan bilik persalinan) itu dibuat hasil perbincangan bersama guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan guru besar sekadar melaksanakan keputusan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antara Kaum Malaysia (Mirac) di Kuala Lumpur semalam.

Jumat, 27 Desember 2013



Sesekali terasa rindu pula nak kembali ke zaman kanak kanak kita dulu kan? Zaman mak mak kita masih muda atau lebih tepat lagi zaman 1970 hingga 1980 an. Pastinya banyak kenangan yang dapat diimbau kembali. Nak pergi balik ke zaman tu dah tentulah mustahil kan? Jadi apa kata kita ambil mood retro dengan melihat kembali poster iklan di majalah untuk tahun 1970 hingga 1980 an.

 Poster iklan zaman 1970 – 1980 an

12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
12 Gambar poster iklan zaman 1970 -1980 an - Terbakor
Apakah keberuntungan dan kesialan sudah suratan takdir? Adakah cara agar kita selalu jadi orang yang beruntung? Untuk mengetahui jawabannya, kita lihat penelitian berikut.
 
Dua sisi paradoks kehidupan ini rupanya menarik minat ilmuwan. Mengapa ada orang yang (merasa) selalu beruntung, sementara sebaliknya ada yang sial dan sial lagi? Professor Richard Wiseman dari University of Hertfordshire Inggris, mencoba meneliti hal-hal yang membedakan orang-orang beruntung dengan yang sial. Proyek penelitannya disebut: The Luck Project.
 

Metode penelitiannya sebagai berikut:
 
Wiseman merekrut sekelompok orang yang merasa hidupnya selalu untung, dan sekelompok lain yang hidupnya selalu sial. Memang kesannya seperti main-main, bagaimana mungkin keberuntungan bisa diteliti. Namun ternyata memang orang yang beruntung bertindak berbeda dengan mereka yang sial.
 
Dalam salah satu sesi The Luck Project ini, Wiseman memberikan tugas untuk menghitung berapa jumlah foto dalam koran yang dibagikan kepada 2 kelompok tadi. Orang-orang dari kelompok sial memerlukan waktu rata-rata 2 menit untuk menyelesaikan tugas ini. Sementara mereka dari kelompok si Untung hanya perlu beberapa detik saja! Lho kok bisa?
 
Ya, karena sebelumnya pada halaman ke-2, Wiseman telah meletakkan tulisan yang tidak kecil berbunyi "Berhenti menghitung sekarang! ada 43 gambar di koran ini". Kelompol sial melewatkan tulisan ini ketika asyik menghitung gambar.
 
Bahkan, lebih iseng lagi, di tengah-tengah koran, Wiseman menaruh pesan lain yang bunyinya: "Berhenti menghitung sekarang dan beritahu ke peneliti Anda menemukan ini, dan menangkan $250!". Lagi-lagi kelompok sial melewatkan pesan tadi! Memang benar-benar sial.
 
Singkatnya, dari penelitian yang diklaimnya "scientific" ini, Wiseman menemukan 4 faktor yang membedakan mereka yang beruntung dari yang sial:

 
1. Sikap terhadap peluang
Orang beruntung ternyata memang lebih terbuka terhadap peluang. Mereka lebih peka terhadap adanya peluang, pandai menciptakan peluang, dan bertindak ketika peluang datang.
 
Ternyata orang-orang yang beruntung memiliki sikap yang lebih rileks dan terbuka terhadap pengalaman-pengalaman baru. Mereka lebih terbuka terhadap interaksi dengan orang-orang yang baru dikenal, dan menciptakan jaringan-jaringan sosial baru. Orang yang sial lebih tegang sehingga tertutup terhadap kemungkinan-kemungkinan baru.
Warren Buffet/apollokidz.com

Sebagai contoh, ketika Barnett Helzberg seorang pemilik toko permata di New York hendak menjual toko permatanya, tanpa disengaja sewaktu berjalan di depan Plaza Hotel, dia mendengar seorang wanita memanggil pria di sebelahnya: "Mr. Buffet!" Hanya kejadian sekilas yang mungkin akan dilewatkan kebanyakan orang yang kurang beruntung. Tapi Helzber berpikir lain, ia berpikir jika pria di sebelahnya ternyata adalah Warren Buffet, salah seorang investor terbesar di Amerika, maka dia berpeluang menawarkan jaringan toko permatanya.
 
Maka Helzberg segera menyapa pria di sebelahnya, dan betul ternyata dia adalah Warren Buffet. Perkenalan pun terjadi dan Helzberg yang sebelumnya sama sekali tidak mengenal Warren Buffet, berhasil menawarkan bisnisnya secara langsung kepada Buffet, face to face. Setahun kemudian, Buffet setuju membeli jaringan toko permata milik Helzberg. Betul-betul beruntung.

 
2. Menggunakan intuisi dalam membuat keputusan
Orang yang beruntung ternyata lebih mengandalkan intuisi daripada logika. Keputusan-keputusan penting yang dilakukan oleh orang beruntung ternyata sebagian besar dilakukan atas dasar bisikan "hati nurani" (intuisi) daripada hasil otak-atik angka yang canggih.
Angka-angka akan sangat membantu, tapi final decision umumnya dari "gut feeling". Yang barangkali sulit bagi orang yang sial adalah, bisikan hati nurani tadi akan sulit kita dengar jika otak kita pusing dengan penalaran yang tak berkesudahan.
 
Makanya orang beruntung umumnya memiliki metoda untuk mempertajam intuisi mereka, misalnya melalui meditasi yang teratur. Pada kondisi mental yang tenang, dan pikiran yang jernih, intuisi akan lebih mudah diakses. Dan makin sering digunakan, intuisi kita juga akan semakin tajam.

 
3. Selalu berharap kebaikan akan datang
Orang yang beruntung ternyata selalu ge-er terhadap kehidupan. Selalu berprasangka baik bahwa kebaikan akan datang kepadanya. Dengan sikap mental yang demikian, mereka lebih tahan terhadap ujian yang menimpa mereka, dan akan lebih positif dalam berinteraksi dengan orang lain.
 
Coba saja lakukan tes sendiri secara sederhana. Tanya orang sukses yang kamu kenal, bagaimana prospek bisnis ke depan. Pasti mereka akan menceritakan optimisme dan harapan.

 
4. Mengubah hal yang buruk menjadi baik
Orang-orang beruntung sangat pandai menghadapi situasi buruk dan merubahnya menjadi kebaikan. Bagi mereka, setiap situasi selalu ada sisi baiknya.
 
Dalam salah satu tesnya Prof Wiseman meminta para relawan untuk membayangkan sedang pergi ke bank, dan tiba-tiba bank tersebut diserbu kawanan perampok bersenjata.
Reaksi orang dari kelompok sial umunya adalah: "Wah sial bener ada di tengah-tengah perampokan begitu". Sementara reaksi orang beruntung, misalnya adalah: "Untung saya ada di sana, saya bisa menuliskan pengalaman saya untuk media dan dapat duit".
 
Apapun situasinya, orang yang beruntung pokoknya untung terus. Mereka dengan cepat mampu beradaptasi dengan situasi buruk dan merubahnya menjadi keberuntungan.

 
=====


Sekarang, bagaimana kita menyikapi kesimpulan Richard Wiseman? 4 faktor di atas adalah kunci untuk mendapatkan keberuntungan. Intinya adalah: memiliki rasa syukur dan selalu berpikir positif.
 
Dengan terus memupuk rasa syukur dan berpikir positif, hati kita menjadi ringan dan hasilnya: memancarkan aura positif yang mendatangkan banyak kebaikan bagi kita.
 
Semoga kita termasuk orang-orang yang beruntung...
 
sumber

PUTRAJAYA – Ibu kepada Lina Joy yang mesra dipanggil Mak Som telah turut bersama hadir dalam menunjukkan sokongan beliau terhadap bantahan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Turut bersama beliau adalah Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Dr. Yusry Mohamad.

Mak Som yang hadir berkerusi roda kelihatan uzur dan tidak banyak menjawab persoalan wakil media.

Bagaimanapun, Dr. Yusry yang hadir bersama menjawab tujuan utama kehadiran Mak Som ke Istana Kehakiman hari ini.

Menurut Dr. Yusry, Mak Som tidak mahu lebih ramai anak-anak Islam di luar sana dimurtadkan disebabkan oleh sistem perundangan yang liberal.

Kamis, 26 Desember 2013


Tan Sri Syed Hamid Albar , individu pertama yang melarang mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah empat tahun lalu gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pada 2009 berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah keputusan yang baik.

“Keputusan dibuat dan kita perlu menghormatinya. Ini adalah kepercayaan umat Islam. Isu sensitif yang perlu difahami oleh semua pihak,” kata bekas menteri itu kepada The Malaysian Insider.

“Ia tiada kaitan dengan politik. Ia bersabit dengan kepercayaan,” katanya.

Syarikat Penyiaran British (BBC) mengulas keputusan Mahkamah Rayuan melarang Herald menggunakan kalimah Allah sebagai usaha Umno mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

Herald mendapat kebenaran menggunakan kalimah Allah selepas beberapa siri rundingan dan proses mahkamah asalkan akhbarnya menyatakan ‘untuk penganut Kristian sahaja’.

Syed Hamid sendiri menandatangani surat arahan itu dan digazetkan pada 16 Februari 2009 namun keputusan itu ditarik balik 12 hari kemudian.

Pemilihan Umno pula berlangsung pada Mac tahun sama menjadikan isu itu sebagai satu kelebihan untuk Syed Hamid mendapatkan jawatan dalam parti dan Kabinet.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memilih Syed Hamid untuk menyertai Kabinetnya pada April 2009.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing mahu penjelasan Syed Hamid, siapa yang mempolitikkan isu ini sehingga keputusan drastik dibuat empat tahun lalu.

“Biar beliau jelaskan kerana tiada pihak yang membangkitkan isu ini sebelumnya dan penduduk di Sabah dan Sarawak tiada masalah menggunakan kalimah Allah dalam Al-Kitab.

Syed Hamid bagaimanapun, berkata keputusannya bukan dipengaruhi ideologi politik tetapi perkara yang betul bagi mengelak kekeliruan umat Islam.

“Keputusan kalimah Allah tidak dipengaruhi emosi dan tiada kena-mengena dengan pemilihan Umno. Ia dibuat demi menegakkan agama dan saya tidak melakukannya untuk kepentingan politik, ” katanya.

Syed Hamid berkata, terdapat beberapa perkataan yang hanya eksklusif untuk umat Islam dan kalimah Allah adalah satu di antaranya.

“Itulah tunjang kepada keputusan saya pada 2009,” katanya. – The Malaysian Insider.

COLOMBO – “CHOGM di Sri Lanka”, bukan “CHOGM mengenai Sri Lanka”.

Demikian perspektif Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013, yang baru saja berakhir di sini.

Ketika menjelaskan pendiriannya itu, Najib, yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM, berkaa beliau menghadiri mesyuarat itu di Sri Lanka kerana menghormati pertubuhan berkenaan.

“Ini mengenai Komanwel; secara kebetulan, Sri Lanka menjadi tuan rumahnya,” kata beliau sebagai respons kepada tindakan sesetengah pihak yang membantah kehadirannya di CHOGM berkaitan rekod hak asasi manusia Sri Lanka.

Penganjuran CHOGM di Sri Lanka mendorong sesetengah pihak mengaitkan negara itu dengan rekod hak asasinya, termasuk tuduhan berlakunya pelanggaran hak asasi manusia ketika tentera Sri Lanka melancarkan operasi di utara negara itu pada 2009.

Beberapa pemimpin, termasuk Perdana Menteri Kanada Stephen Harper dan Perdana Menteri India Manmohan Singh tidak menghadiri mesyuarat itu.

Tuduhan wujudnya jenayah perang di Sri Lanka sedikit sebanyak menjejaskan  CHOGM di Sri Lanka.

“Ada tak sesiapa yang mempunyai soalan selain daripada mengenai Sri Lanka atau hak asasi manusia?” tanya Pengarah Komunikasi dan Jurucakap Media Sekretariat Komanwel Richard Uku kepada 200 wartawan pada sidang akhbar terakhir CHOGM 2013 pada Ahad.

Sidang akhbar itu, yang dihadiri presiden negara tuan rumah Mahinda Rajapaksa, sepatutnya berkisar tentang berakhirnya CHOGM 2013.

Najib adalah antara empat pemimpin Komanwel yang diundang menghadiri sidang akhbar itu. Pemimpin lain ialah Presiden Guyana Donald Rabindranauth Ramotar, Perdana Menteri St Kitts & Nevis Denzil Douglas dan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Pada sidang akhbar itu, Rajapaksa dihujani soalan berkaitan kekejaman yang didakwa berlaku di negaranya.

Dalam responsnya, Rajapaksa menyeru masyarakat dunia supaya memberi peluang kepada Sri Lanka untuk melalui proses pemulihannya setelah mengalami satu perang saudara yang begitu lama.

“Bantulah kami untuk mengubati luka yang dialami, bukan memecahbelahkan rakyat kami,” katanya.

Namun demikian, para pemimpin Komanwel yang menghadiri CHOGM 2013 sepakat menghasilkan kenyataan bersama setebal 21 halaman yang menggariskan komitmen mereka terhadap nilai teras perkumpulan itu, termasuk demokrasi dan hak asasi manusia.

“Ini CHOGM di Sri Lanka, bukan CHOGM mengenai Sri Lanka. Ada perbezaannya,” demikian kesimpulan Najib. – BERNAMA
  28 Nov 2011














SUMBER

Rabu, 25 Desember 2013



Kalau diteliti tiada penjelasan macamana penampakan itu boleh berada di belakang sedangkan bayang-bayang kaki tidak kelihatan. Mungkin juga pekerja-pekerja di situ bergurau untuk menakut-nakutkan orang lain. Memang ada rupa macam anjing

Macam biasa terserah kepada penilaian anda. Terima kasih kepada Izzudin. Teruskan menghantar gambar hantu korang kepada kami. Real ke tak real ke kita bincang sama-sama.
ANDA menghindari sinar matahari siang hari karena, misalnya, takut berkulit gelap? Pikirkan lagi. Sebuah saran kesehatan baru merekomendasikan bahwa terpapar matahari di siang bolong, baik bagi kesehatan Anda.

Tujuh organisasi telah mengeluarkan saran bersama atas vitamin D,  yang diperoleh tubuh dari sinar matahari alami. Vitamin D menjaga tulang tetap kuat dan menjaga kita dari kondisi osteoporosis (pengeroposan tulang).



Petunjuk ini mungkin harus disikapi dengan hati-hati karena adanya kecemasan tentang kanker kulit, membuat orang enggan terkena sinar matahari langsung di siang bolong.


Cancer Research UK dan National Osteoporosis Society adalah dua di antara lembaga yang menyetujui terpapar ‘sedikit dan teratur’ sinar matahari beberapa kali seminggu dapat berdampak positif bagi kesehatan.


Para pakar kini mengatakan tak masalah pergi ke luar rumah di siang bolong saat matahari terik, sepanjang Anda menggunakan tabir surya sebelum kulit memerah.


Profesor Rona Mackie dari British Association of Dermatologists mengatakan proteksi sinar matahari total dengan tabir surya yang memiliki faktor proteksi tinggi sepanjang waktu sama sekali tidak ideal, khususnya dalam hal kadar vitamin D.


"Bahkan Australia telah mengubah kebijakan soal ini. Mereka menerbitkan grafik yang menunjukkan bagian wilayah Australia di mana pemakaian pelindung sinar matahari tidak dibutuhkan dalam suatu waktu di sepanjang tahun,” ujar Profesor Mackie.


"Sejumlah pesan mengenai paparan sinar matahari terlalu negatif. Sinar matahari musim panas di Inggris tidaklah terlalu kuat. Untuk itulah kami mengeluarkan rekomendasi bahwa terpapar 10-15 menit di Inggris pada musim panas, tanpa krim tabir surya, beberapa kali dalam seminggu dinilai aman yang seimbang antara kecukupan vitamin D dan risiko kanker kulit,” imbuhnya.


Pemerintah secara resmi telah merekomendasikan suplemen vitamin D untuk ibu hamil dan anak di bawah lima tahun. Namun para pakar menuliskan dalam pernyataan bersama bahwa kaum ibu kerap tidak memahami rekomendasi ini. Para pakar menyarankan agar para ibu berkonsultasi dengan dokter terkait hal ini.


Pada musim dingin, asupan vitamin D dapat dibantu oleh minyak ikan, hati dan margarin terfortifikasi.

sumber
Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa
  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini Jan 31 2013
 
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

NONEBerucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

Selasa, 24 Desember 2013


Ini mungkin sesuatu yang amat menyedihkan bagi kaum Adam apabila seorang lelaki di Hong Kong disuruh melutut dan ditampar berkali-kali oleh teman wanitanya di tempat awam.

Kejadian ini berjaya dirakamkan oleh seorang lelaki yang menyaksikan dua orang wanita berbaju merah dan hitam sedang berdiri, manakala lelaki itu sedang melutut sambil bertengkar hebat.

Bagaimanapun, teman wanitanya itu dilihat lebih mendominasi keadaan.

Daripada apa yang kami faham, dia mempersoalkan sebab lelaki itu mengajak wanita berbaju hitam yang juga sepupunya itu datang ke rumah.

Pada masa yang sama, lelaki tersebut meminta sepupu teman wanitanya itu memberitahu perkara yang sebenar.

“Kenapa awak tak cakap apa-apa? Saya tak buat semua itu, kenapa awak menfitnah saya?” katanya teresak-esak.

Teman wanitanya pula didengar berkata,”Saya ada di sini dan awak pula membawa perempuan lain datang ke rumah.”

Dia kemudiannya bertindak ganas dengan memegang rambut dan menampar muka lelaki itu berkali-kali.

Anehnya, lelaki tersebut membiarkan saja perbuatan wanita itu seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

Pada masa yang sama, orang ramai yang marah dengan perbuatan wanita meminta lelaki itu untuk berdiri.

“Kenapa awak perlu melutut?”

“Awak seorang manusia. Kenapa awak tak boleh membawa orang lain datang ke rumah. Ibu awak pun takkan memaksa awak melutut.”

Itu antara kata-kata ‘semangat’ oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, teman wanitanya meminta mereka untuk tidak masuk campur dalam hal tersebut.

Daripada apa yang kami tahu, teman wanitanya sudah ditahan dan kini dibebaskan atas ikat jamin.

Anda nilailah sendiri video ini dan kami tak tahulah apa nasib lelaki ini jika dia berkahwin dengan wanita tersebut.

Mungkin dia akan menerima gelaran ‘jantan dayus’ jika berterusan begini suatu hari nanti.



Oleh: ELZA

Bekas perompak turut meninggalkan nota.

SIKAP perompak yang insaf dan memulangkan kembali wang hasil rompakan sememangnya jarang terjadi dan harus dicontohi.

Meskipun kejadian berlaku lebih 12 tahun lalu, namun dia nekad mengembalikan wang yang dirompak dalam usahanya untuk kembali membetulkan kesilapan yang telah dilakukan sekali gus membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Walaupun tidak berdepan secara bersemuka dengan pemilik wang, tindakan bekas perompak itu meninggalkan sampul surat berisi nota tulisan tangan meminta maaf dan wang AS$400 (RM1,300) harus dipuji.

Dalam notanya, bekas perompak itu menjelaskan, dia tidak lagi mengambil dadah dan mahu membetulkan kesilapan terhadap mereka yang pernah disakitinya.

Pewaris kedai runcit InterAsian Market & Deli di Nashville, Amerika Syarikat Somboon Wu berkata, walaupun tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia ingin masyarakat tahu lelaki itu perlu diberikan peluang kedua.

“Kami berasa terharu dengan sikap bekas perompak ini. Dia perlu dipuji  kerana telah insaf. Tindakannya itu memberi inspirasi kepada bekas perompak yang senasib dengannya. Kepada lelaki ini, kami ingin memberitahu, anda telah dimaafkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kemakmuran dalam hidup,” katanya pada laporan Daily Mail

Wu dan bapanya Keosavanh Xayarath memuat naik gambar nota itu di laman Twitter dan Instagram dengan keterangan: “Kami telah dirompak kira-kira 11 atau 12 tahun lalu. Hari ini kami terkejut menerima nota ini daripada perompak yang mengembalikan semula wang tunai".

Wu menerima kedatangan seorang lelaki tidak dikenali awal bulan lalu yang berkeras menyuruhnya menerima sampul surat. Tanpa diketahui, lelaki itu adalah lelaki sama yang melakukan rompakan bersenjata dan melarikan wang lebih AS$300 (RM980) lebih sedekad lalu.
GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan replika masjid yang digunakan di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara, Britain.

BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.
Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan simbol bahaya bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.
"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.
"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.
Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi
Di dunia ini, banyak sekali gunung berapi yang pernah meledak dan menyebabkan korban berjatuhan yang tak sedikit jumlahnya, bahkan beberapa pernah tercatat sampai ribuan jiwa yang menjadi korban keganasan sang perut alam ini. Tapi walaupun ada beratus-ratus letusan gunung berapi yang ada di seluruh bumi ini, kami mencatat ada 10 letusan terdahsyat yang menyebabkan banyak korban jiwa (perlu diketahui, 4 diantaranya ada di Indonesia lho)

10. Mount Lamington


Lamington adalah gunung api dengan ketinggian 1,680 meter yang terletak di Papua New Guinea. Sialnya hingga tahun 1951, penduduk setempat di Provinsi Oro ini mengira gunung tersebut hanyalah gunung biasa yang ditumbuhi pepohonan.

Hingga suatu malam pada 18 Januari, lahar dan asap mulai untuk keluar dari puncaknya, dan tiga hari kemudian, sebuah ledakan sangat besar dari sisi utara, menyebabkan langit ditutupi debu tebal dan gerimis magma bercampur uap sulfur. Dalam beberapa bulan kemudian getaran dan letusan terus berlanjut hingga radius 10 mil. Ledakannya menyebabkan total hampi 3,000 kematian.

9. Papandayan


Papandayan adalah sebuah gunung api semi-aktif yang terletak di pulau Jawa, Indonesia. Pada 1772, gunung api ini meletus menghancurkan 40 desa di dekatnya. Lebih dari 3,000 orang terbunuh. Gunung api ini diperkirakan masih sangat berbahaya dan terus mengeluarkan asap dan letusan-letusan di tahun 1923, 1942, dan terus meningkatkan kekuatannya di tahun 2002.

8. Kelud


Kelud juga terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Sisi timur Kelud telah ‘menggerutu’ pada tahun 2008, di mana sebelumnya pada tahun 1919 lumpur lahar telah membunuh di atas 5,000 orang. Sejak itu, Terowongan Ampera, suatu sistem pengeringan untuk menampung banjir lahar dari kawah telah dibangun.

Oktober 2007, ketika itu 30,000 penduduk lokal harus diungsikan setelah gunung api dalam kondisi Siaga Merah. Selama dua minggu Kelud memuntahkan debu hingga 8 mil jauhnya.

7. Unzen


Unzen yang terdiri dari beberapa lapis stratovolcanoes terletak di daerah Kyushu, Jepang. Gunung api setinggi 1,500 meter ini masih aktip hingga kini. Pada tahun1792 beberapa kubah lahar roboh, menyebabkan tsunami yang membunuh lebih 15,000 orang. Sebuah letusan terbaru di tahun 1991 telam membunuh lebih dari 40 orang dan menyebabkan kerusakan luar biasa pada bangunan-bangunan disekitarnya.

6. Ruiz


Nevado Del Ruiz, Kolumbia, dikenal karena laharnya yaitu mudflow atau longsoran yang terdiri atas air dan material pyroclastic yang mengalir dan mematikan . Di tahun 1595, 635 orang terbunuh setelah lumpur yang yang mendidih seperti dituangkan ke dalam sungai Guali dan Lagunillas, dan di tahun 1845 lebih dari 1,000 orang tewas.

Kota Armero yang dibangun di atas magma yang mengering telah kehilangan hampir seluruh populasi penduduknya ketika di tahun1985, sebuah letusan telah mengalirkan lahar dengan kecepatan 40 mil per jam dan mengubur kota. Lebih dari 23,000 orang tewas.

5. Mount Pelee


Gunung api yang terletak di Martinique, kini menjadi tujuan wisatawa di Perancis yang populer untuk mengenang bahwa sesuatu yang sangat mematikan telah terjadi di sini. Pada tahun 1902, sebuah letusan yang terbesar di abad 20 terjadi di sini dan menewaskan lebih dari 30,000 orang.

Dimulai dengan letusan kecil beruntun yang hanya mengeluarkan asap, belerang dan debu dan pada April 1902, gunung api ini tidak sepenuhnya meletus sampai tanggal 8 Mei 1902. Air mancur lahar yang menyala, dan awan beracun meluncur deras dengan kecepatan 600 mil per jam dari gunung api tersebut.

Dengan temperatur 1075 derajat, lahar telah mendidihkan kota St.Pierre bawahnya. Kota terbakar berhari-hari kemudian. Hanya dua orang yang selamat pada waktu itu.

4. Tambora


Tambora adalah gunung api aktip dari 130-an gunung api yang yang ada di Indonesia. Gunung raksasa setinggi 4,300 meter telah ‘melakukan’ serangkaian ledakan dari April hingga Juni di tahun 1815 dan mengguncangkan dunia dengan after-effect-nya yang mengubah stratosfir dan menyebabkan kelaparan yang buruk hingga ke US dan Eropa pada abad ke 19.

Batu merah berpijar menghujani angkasa ketika sepenuhnya gunung tersebut meletus. Semua tumbuh-tumbuhan pada pulau dimana gunung tersebut berada dibinasakan oleh lahar dan awan beracun. Secara keseluruhan, lebih 71,000 orang tewas karena terbakar, kelaparan ataupun keracunan.

3 Laki


aki adalah sebuah gunung api di Islandia yang legendaris yang telah tertidur sejak letusan terakhirnya yang sangat dahsyat di tahun 1783. Dengan ketinggian 1.725 meter, gunung api ini menyebabkan kerusakan di seluruh negara ketika secara spektakuler meletus, membunuh di atas 50% populasi makhluk hidup di Islandia dengan awan belerang dan fluorine beracunnya.

Kelaparan menjadi penyebab matinya 25% populasi tersebut. Air mancur lahar memancar hingga 1.400 meter tingginya. Seluruh dunia merasakan akibat dari letusan tersebut. Awan beracun menyebar hingga ke Eropa, menutupi langit belahan bumi bagian utara yang menyebabkan musim dingin datang lebih awal di Inggris dan membunuh 8.000 orang.

Di Amerika Utara, musim dingin 1784 menjadi musim dingin terpanjang dan paling dingin yang pernah tercatat. Ada catatan lebih banyak salju di New Jersey, sungai Mississippi membeku di New Orleans, dan di ditemukan es di Teluk Mexico!.

2. Mount Vesuvius


Gunung api ini menjadi nomor dua untuk kekejamannya, menyebabkan kematian hingga 25,000 nyawa. Ketika Vesuvius dengan letusan yang maha dahsyat di tahun 79 SM, sepenuhnya telah menguburkan kota Pompeii di bawahnya dengan memuntahkan ‘isi perutnya’ selama 20 jam nonstop. Sejak itu, gunung api ini meletus lusinan kali dan terakhir pada tahun 1944 beberapa desa didekatnya telah dibinasakan..

1. Krakatau


Krakatoa, juga dikenal sebagai Krakatau, adalah pulau vulkanis yang still-dangerous, terletak di Selat Sunda, Indonesia. Agustus 1883, sebuah rangkaian ledakan dahsyat yang mengerikan dengan kekuatan 13,000 kali lebih besar dari bom Hiroshima. Ledakannya terdengar hingga ke Perth, Australia.

Muntahan lebih dari 21 kilometer kubik batu dan debu membumbung hingga setinggi 70 mil. Secara resmi, lebih dari 37,000 orang tewas. Namun dengan tsunami yang ditimbulkannya, korban sepertinya bisa lebih besar lagi
 
 
sumber
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!