Senin, 03 Maret 2014

hMetro 4 Mac 2013

Kuala Lumpur: Seramai 10 lelaki warga Afrika sanggup menggadai nyawa hingga ada yang jatuh ke dalam longkang dalam usaha melarikan diri daripada ditahan pegawai Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 11 malam di Taman Wawasan dan Bandar Puteri di Puchong, di sini seorang daripada mereka cedera di muka selepas terjatuh dalam longkang ketika melarikan diri.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montel berkata, mereka ini langsung tidak mempedulikan keselamatan diri dalam usaha untuk melarikan diri selepas menyedari kawasan mereka melepak itu diserbu pihak imigresen.

Menurutnya, dua lokasi berkenaan menjadi sasaran pihaknya berdasarkan tinjauan risikan yang mendapati warga Afrika itu sering melepak di lokasi itu.
FotoLELAKI warga Afrika jatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada ditahan pegawai Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

“Operasi kali ini juga diadakan selepas mendapat aduan orang awam mengenai kebanjiran rakyat asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan itu.

Categories: , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!