Sabtu, 15 Maret 2014


Wartawan XPRESS, Habiba Ahmed Abd Elaziz, 26, maut ditembak mati awal pagi pada Rabu.

Ahli keluarga yang mengesahkan kematian Habiba berkata mangsa ditembak mati ketika bertugas di Dataran Rabaa Al Adawiya.

Habiba dilaporkan tidak bertugas secara rasmi sewaktu kejadian sebaliknya mangsa pulang ke kampung halaman sempena cuti tahunan.

XPRESS merupakan salah satu agensi media dibawah Gulf News dimana Habiba bertugas.

Memulakan tugas sebagai wartawan di Meja Pembaca pada September 2011, dia kemudian menyertai XPRESS pada April 2012 sebagai wartawan jenayah selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang kewartawanan daripada American University of Sharjah (AUS).

Menurut adik perempuan Habiba, Arwa Ramadan yang menetap di Sharjah, Habiba dikatakan berada di masjid berdekatan dataran awal pagi semalam.

“Ibu saya (di Sharjah) telah berbual dengan Habiba pada waktu subuh. Tetapi apabila dia cuba untuk menghubungi Habiba semula lebih kurang jam 12 tengah hari, tiada siapa yang menjawab.

“Apabila dia hubungi Habiba sekali lagi, seseorng telah menjawab panggilan dan memberitahu Habiba sudah meninggal dunia.

“Bapa saya yang berada di Mesir mengesahkan kematian Habiba,” jelas Arwa.

Habiba adalah anak sulung daripada tiga adik beradik.

Keluarga Habiba dilaporkan terbang ke Mesir malam tadi.

Timbalan Editor XPRESS, Mazhar Farooqui serta kakitangan terkejut dengan berita kematian tersebut.

“Sukar untuk percaya yang dia (Habiba) telah tiada. Dia sangat tekun dengan kerjanya dan sangat berkaliber,” jelas Mazhar.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber & Foto: GULF NEWS

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!