Senin, 10 Maret 2014



Alasan yang paling logik adalah keletihan sebab mustahil, seorang pembaca berita mahu membuat lawak secara sengaja ketika muncul mengendalikan segmen serius.

Itulah yang mungkin berlaku pada pembaca berita BBC News apabila ke udara secara langsung sambil memegang sejumlah kertas fotokopi A4 di tangannya, pagi 18 September lalu.

Simon McCoy, 51, membuatkan penonton terperanjat apabila muncul bersama kertas fotokopi tersebut kerana bagi yang biasa mengikuti program berita BBC, pasti maklum bahawa pemberita itu biasanya memegang tablet iPad Apple ketika bersiaran.

Jurucakap BBC kemudiannya memaklumkan kepada penonton yang bertanya menerusi Twitter, McCoy tersilap mengambil kertas tersebut kerana kelam kabut mahu mengacarakan segmennya.

Secara logik memang jauh beza berat antara iPad dengan sebeban kertas tapi berbalik pada alasan mula-mula tadi, mungkin McCoy dah terlalu letih sampai tak dapat nak bezakan agaknya.

Ironinya, McCoy melakukan kesilapan tersebut ketika mengulas berita berkenaan isu mabuk. – REM RAMZI

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!