Kamis, 27 Februari 2014


Sembunyi Amukan Azazil adalah sebuah filem seram yang sedang hangat di pawagam malah menarik banyak mata untuk melihat unsur seram dan kejutan yang dipertontonkan  apatah lagi ia merupakan filem seram pertama arahan pengarah tersohor Kabir Bhatia yang sebelum ini telah mengarahkan filem  cinta berunsurkan islamik  Nur Kasih The Movie  yang menjadi kegilaan ramai beberapa tahun yang lepas.
amukan azazil
Namun begitu, ramai yang dikejutkan dengan “deleted scene” yang telah dimuat naik di laman YouTube baru-baru ini yang menampakkan adengan hangat dan penuh kontroversi di antara aktor kacak Remy Ishak dan juga Diana Danielle. Apapun sebenarnya kami percaya ianya dimuat-naik dengan sengaja sebagai salah-satu cara mempromosikan filem tersebut. Ini kerana ianya dimuat-naik oleh akaun Youtube rasmi Grand Brilliance sendiri.
Screen Shot 2013-04-03 at 9.37.41 AM
Ramai pihak menyuarakan rasa kecewa dan malu terhadap adengan tersebut.
youtube prt scn
Menjawab isu tersebut,pengarah Kabir Bhatia menyatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana adengan tersebut dimuat naik di YouTube kerana tiada perbincangan yang dilakukan di antara dirinya dan pihak produksi Grand Brilliance Sdn Bhd(GBSB) mengenai trailer adengan tersebut. Tidak menafikan ia mungkin juga salah satu stratergi pemasaran yang di lakukan untuk filem ini.
ohartis-kabir-bhatia
Jelasnya lagi, dia ingin mengambarkan kepada penonton bahawa ia bukan semata-mata merujuk kepada elemen seksual namun ingin meyampaikan cerita dalam konsep artistik.
Bagaimana ya konsep artistik tu? Bak kata orang, orang seni ini mempunyai pandangan yang berbeza namun apa sahaja mesej yang ingin disampaikan pengarah pasti ada unsur lain yang boleh dijadikan tarikan dan bersesuaian dengan masyarakat kerana bukan semua orang boleh faham konsep yang anda ingin terapkan. Apalah guna nilai artistik setinggi gunung sekalipun jika ianya sekadar memberi sesuatu yang tidak baik kepada masyarakat di Malaysia? Renung-renungkanlah wahai penngarah yang artistik sangat di Malaysia.
SUMBER

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!